Pages

Monday 30 January 2012

Nasib tulisan jawi semakin membimbangkan - Pakar


KYOUNG SEOK melahirkan kebimbangan terhadap nasib tulisan jawi di negara ini.


KUALA LUMPUR - Seorang pakar tulisan jawi berketurunan Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.
Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Pusan University of Foreign Studies mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.
Menurutnya, tulisan jawi sedang 'tenat' dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.
"Ramai pakar yang saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi?," katanya yang fasih berbahasa Melayu.


Ini adalah sebahagian petikan surat khabar Kosmo isnin 30 januari 2012 muka surat 17...
sebagai penggiat kaligrafi kita boleh jadikan kaligrafi sebagai alternatif utk mengiat dan memupuk semula tulisan jawi dalam penulisan dan bacaan di Malaysia... 


Friday 6 January 2012

Pameran Pedang Nabi Muhammad SAW Khazanah Tamadun Islam & Koleksi Sejarah Seni Silat Pusaka Gayong


GURUN- Sekitar Pameran Pedang Nabi Muhammad SAW & Koleksi Sejarah Seni Silat Pusaka Gayong yang di adakan di Dewan Sri Zaleha (NAZA), Gurun Kedah pada 5-19 Disember 2011 Anjuran bersama Yayasan Restu, Silat gayung & NAZA. Tetapi kerana sambutan yang menggalakkan, tarikh pameran di lanjutkan sehingga 31 Desember 2011. Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan.. Pameran ini diadakan bertujuan memupuk rasa kecintaan yang tinggi kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Semoga Pameran ini menjadi iktibar kepada seluruh umat Islam terhadap perjuangan menegakkan Islam di jalan yang diredhai Allah SWT. Selain itu pengunjung juga didedahkan dengan seni bela diri orang melayu serta peralatan yang digunalan seperti keris, tombak dan sebagainya... Aku ditugaskan  di sana untuk mendedahkan kepada orang awam terutamanya di sekitar utara tentang seni khat. walaupun ramai yang tidak tahu fungsi khat tu yang sebenarnya tapi ramai yang berminat untuk mengenalinya... tak terlayan jugak... disamping tu Yayasan Restu jugak menyediakan khidmat penulisan khat harga dari serendah RM2.00 membuatkan aku tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan..